Tuesday, 25 October 2011

IBU, MUMMY, MAMA, MOTHER, UMI......

Memang sukar untuk orang lain pe...rcaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu DIA memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan DIAsekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi DIA.


Cerita ini bermula ketika DIA masih kecil. DIA lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.MEREKA sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari MEREKA terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, DIA sering saja merungut. DIA menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu DIA cepat memujuk. Ketika makan, ibu  DIA sering membahagikan bahagian nasinya untuk DIA. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk DIA, ibu DIA berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika DIA mulai besar ibu DIA yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu DIA berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan MEREKA adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu DIA memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu DIA memakan gulai ikan itu ibu DIA duduk disamping MEREKA dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang DIA makan tadi. DIA sedih melihat ibu DIA seperti itu.. Hati DIA tersentuh lalu dengan menggunakan sudu DIA memberikan ikan itu kepada ibu DIA. Tetapi ibu DIA dengan cepat menolaknya. Ibu DIA berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU DIA YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, DIA masuk sekolah menengah. Ibu DIA pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan DIA,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi DIA terjaga dari tidur. DIA melihat ibu DIA membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali DIA melihat kepala ibu DIA terhangguk kerana mengantuk. DIA berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu DIA meminta cuti kerja supaya dapat menemani DIA pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu DIA terus sabar menunggu DIA di luar dewan. Ibu DIA seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar DIA lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu DIA dengan segera menyambut DIA dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu DIA yang dibasahi peluh, DIA segera memberikan cawan DIA itu kepada ibu DIA dan menyuruhnya minum. Tapi ibu DIA cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah DIA kerana sakit, iaitu selepas DIA baru beberapa bulan dilahirkan, ibu DIAlah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada MEREKA sekeluarga. Ibu DIA bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar MEREKA tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga MEREKA semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan MEREKA, datang untuk membantu ibu DIA. Anehnya, ibu DIA menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu DIA supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk MEREKA sekeluarga. Tetapi ibu DIA yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu DIA berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang DIA habis belajar dan mula bekerja, ibu DIA sudah pun tua. Kakak dan abang DIA menyuruh ibu DIA supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu DIA  tidak mahu. Ibu DIA rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang DIA yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu DIA, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu DIA mengirim balik wang itu dan ibu DIA berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, DIA melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian DIA di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu DIA sudahi dengan cemerlang,kemudian DIA pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian DIA juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, DIAberhajat membawa ibu DIA untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan DIA, ibu DIA sudah puas bersusah payah untuk MEREKA. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu DIA habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu DIA yang baik hati, menolak ajakan DIA. Ibu DIA tidak mahu menyusahkan anaknya dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu DIA semakin tua.. Suatu malam DIA menerima berita ibu DIA diserang penyakit kanser Ibu DIA mesti dibedah secepat mungkin. DIA yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. DIA melihat ibu DIA terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu DIA yang kelihatan sangat tua, menatap wajah DIA dengan penuh kerinduan. Ibu DIA menghadiahkan DIA sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. DIA dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu DIA sehingga ibu DIA menjadi terlalu lemah dan kurus. DIA menatap wajah ibu DIA sambil berlinangan air mata. DIA cium tangan ibu DIA kemudian DIA kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati DIA terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu DIA dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu DIA tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.'

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

No comments:

Post a Comment